craps .

Tuesday, June 23, 2015

prinsip hidup

sudah lumrah manusia senang tewas dengan rasa riak.
baik dari segi makro atau mikro.

sebuah kaum sering terasa lebih bagus dari kaum yang lain
satu batch student kadang tu terasa dia lah batch terbaik.
seorang pelajar, ada yang terasa dia lah yang paling top.
seorang kakak/adik/abang, boleh terasa dia lebih baik dari adik beradik yang lain.

tapi bagusnya seseorang itu perkara subjektif

boleh jadi individu itu power dalam akademik tapi dari segi moral jatuh merudum
boleh jadi individu itu cantik putih mulus, tapi hati dalam hitam dan busuk
boleh jadi individu itu berjaya dalam kerjayanya tapi hubungan keluarganya teruk.

all in all we are just human
we are the same

takde pun orang nak datang cakap "kau manusia gred a.kau kena hirup udara kat gunung2 je"
"kau manusia gred a.kau takkan mati punya"
"kau manusia gred a.kau tak layak makan makanan2 biasa ni"

persoalannya kenapa boleh terdetik dalam hati seseorang itu untuk mengkondem kehidupan orang lain?
prinsip hidup seseorang itu kan subjektif? 

kalau kau orgnya yang berjaya dalam perniagaan. Alhamdulillah..
tapi jangan dikutuk petani kecil di kampung. jangan di soal kenapa dia tidak cuba berusaha berjaya seperti mu ?
mungkin sebaliknya dia jauh lebih bahagia begitu dari dirimu.

kalau kau orgnya yang berjaya dalam pelajaran. Alhamdulillah..
tapi jangan dikutuk pelajar yg merosot resultnya. jangan di soal kenapa dia tidak berusaha belajar seperti dirimu ?
mungkin masa lapangnya diisi dengan perkara yang lebih baik dari dirimu.


fikir balik apa prinsip hidup di dunia ni.
apa tujuan sesuatu yang dikerjakan


bagi aku.. target goal aku kat dunia ni, nak jadi seorang isteri yang terbaik dan ibu yang bertanggungjawab.
jadi kenapa aku belajar macam orang gila sampai ke universiti ?
untuk ibu bapa.
bukan senang nak membesarkan seorang anak, belikan baju sekolah, barang sekolah,
bayarkan yuran sekolah, yuran universiti..
berpenat lelah memberikan anak2 pelajaran supaya tak ketinggalan

jadi apa salahnya kita berpenat lelah belajar dan memberi mereka sedikit rasa bangga atas kejayaan mereka membesarkan kita

kalau diikutkan hati, tak mahu rasanya bergelar arkitek. mahu saja berhenti belajar dan teruskan hidup.
tapi bila bayangkan rasa bahagia seorang ibu bapa apabila berkata "anak saya arkitek" then i tell myself. yes i have to do this. 

kenapa juga perlu bekerja ?
untuk mencari punca pendapatan untuk membesarkan future children and memastikan future family mendapat keperluan secukupnya di dunia.

that's why we live right ? to give other souls a life.
we don't live for ourselves.
we don't need fancy jewels 
we don't need all those fancy things for ourselves unless we can really afford that.

we need to share what we have with people in this world. our happiness. our wealth. they are just temporary.

what we need for ourselves  ? good deeds. good deen. Amiinn...

1 comment:

Anonymous said...

uih.

tp betul la. knpe kite jadi ape yang kite jadi skrg ni hanyalah semata ini adalah punca rezeki kite.

wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...